Haha...tgk tajuk macam mana nak mendefinisikan tragedi gembira.....
Al-kisah bermula dengan tragedi yang berlaku di Highway Lekas melibatkan salah seorang daripada adik-beradik kita iaitu Wan a.k.a abg der yang kereta dipandu oleh kawannya yang diceritakan masa tu hujan lebat. Menaiki kancil yang telah di "mode" oleh tuan kereta DK telah melanggar pembahagi jalan dan memasuki kenderaan beliau sehingga ke seat belakang, kereta "total lost" namun masih ada peluang diberikan kepada kawan kita ini yang mengalami patah siku dan pemandu terpaksa dijahit dibelakang kepala serta masalah amnesia.
Keadaan Kereta
16 Jahitan
Namun disetiap kesedihan, tuhan tu maha adil diberikan kegembiraan kepada kita semua yang masih bujang dan peringatan. Kegembiraan dimaksudkan adalah perkahwinan salah seorang daripada adik-beradik iaitu Asyraf atau Yap aka The Mechanic, majlis akad nikah berlangsung pada 1 Sept 2012/ 14 Syawal 1422H alhamdulillah dapat dihantar wakil iaitu Nabil, Ecam, Juna untuk mengikuti majlis di rumah pengantin perempuan di Damak,Jerantut. Pada pagi pernikahan suasana sebak menyelubungi adik-beradik melihatkan seorang daripadanya sudah pun melangsungkan perkahwinan, tiada kata dapat diluah hanya takungan airmata menunjukkan kegembiraan kami ber3, dengan sekali lafaz jatuhlah pangkat dirinya sebagai suami orang. Walaupun penat, sepanjang majlis tetapi ia sedikit sebanyak mengubah persepsi adik-beradik yang pada hatinya sudah menyimpan cita2 tuk berkahwin suatu hari nanti..INSYALLAH kalau ada rezeki jangan dilengah2kan...
Asyraf & Rozana
"membuka hati studio88, perasaan..cinta..kemahuan"
0 comments:
Post a Comment